KAJIAN ASPIRASI BELIA MALAYSIA
# CARE FOR YOUR YOUTH 2021

Statistik Jabatan Perangkaan Malaysia (2019) menunjukkan populasi belia Malaysia yang berumur antara 15-30 tahun adalah seramai 9,072,200 daripada jumlah 33,401,800 penduduk Malaysia. Ini menunjukkan sebanyak 27.2% daripada penduduk Malaysia adalah dalam kalangan belia. Tidak dapat dinafikan, belia merupakan penentu masa depan negara dalam memacu negara mencapai status negara maju. Sehubungan ini, demi memastikan kelestarian pembangunan negara, aspek kesejahteraan dan kualiti hidup belia perlu sentiasa dipelihara agar mereka boleh menyumbang kepada proses pembinaan dan pembangunan negara. Meningkatkan kesejahteraan menjadi matlamat utama setiap individu, termasuk belia, maka ini perlu diberi perhatian sewajarnya demi kelangsungan pembangunan negara (Zaimah et al., 2017).

OBJEKTIF 1

Mengenal pasti kategori belia yang ada berasaskan demografi, keperluan, citarasa, dan kehendak sosio-ekonomi;

OBJEKTIF 2

Mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong kesejahteraan, kebahagiaan, kegembiraan, dan kepuasan hati belia;

OBJEKTIF 3

Menyediakan data berkaitan keperluan dan kehendak belia mengikut kawasan parlimen di seluruh Malaysia.

"Data Analysis"
"Using Latest Data Analytics"

Kajian Care for Your Youth ini merupakan kajian eksploratori (merangkumi profiling, data mining, analytics dan socioeconometrics) yang akan menggunakan pendekatan kuantitatif secara Rapid Survey Method. Pelaksanaan kajian berasaskan kepada aktiviti penyelidikan sains sosial berbentuk rentas disiplin (transdisciplinary) yang telah sedia diterima pakai mengikut piawaian semasa. Pendekatan utama kajian menggunakan kaedah kuantitatif melalui pengumpulan data primer dan disokong oleh data sekunder. 

Parlimen
Responden
Enumerator

Our Team

Terdiri daripada Pasukan Penyelidik daripada Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) Universiti Putra Malaysia (UPM), Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dan Kementerian Belia & Sukan (KBS) Malaysia.

Copyright 2024 © All rights Reserved. Design by Elementor