INFO KAJIAN ASPIRASI BELIA MALAYSIA # CARE FOR YOUR YOUTH

Kajian Care for Your Youth ini merupakan kajian eksploratori (merangkumi profiling, data mining, analytics dan socioeconometrics) yang akan menggunakan pendekatan kuantitatif secara Rapid Survey Method. Pelaksanaan kajian berasaskan kepada aktiviti penyelidikan sains sosial berbentuk rentas disiplin (transdisciplinary) yang telah sedia diterima pakai mengikut piawaian semasa. Pendekatan utama kajian menggunakan kaedah kuantitatif melalui pengumpulan data primer dan disokong oleh data sekunder. 

 

Pendekatan kuantitatif adalah dalam bentuk survei secara online untuk tujuan data analytics dan socioeconometrics dalam bentuk deskriptif dan korelasi bagi (i) mengenal pasti kategori belia yang ada berasaskan demografi, keperluan, citarasa dan kehendak sosioekonomi (ii) mengenal pasti faktor-faktor pendorong kepada kesejahteraan, kebahagiaan, kegembiraan dan kepuasan hati belia dan (iii) menghasilkan data berkaitan keperluan dan kehendak belia mengikut kawasan pilihan raya di seluruh Malaysia dalam bentuk infographics dan pemetaan sosial. 

 

Data analitiks yang menggunapakai pendekatan data mining, machine learning dan kecerdasan buatan (artificial intelligence) melalui sistem analitiks sentimen (sentiment analytics) akan dilaksanakan untuk mengenal pasti kategori belia yang ada berdasarkan demografi, keperluan, cita rasa, dan kehendak sosio-ekonomi. Kaedah tinjauan juga akan membantu mengenal pasti keperluan dan kehendak belia mengikut kawasan pilihan raya di seluruh Malaysia. Data analtiks ini juga akan mengumpul, membersih, menganalisis, membentuk model dan algorithm dalam memberikan jangkaan masa hadapan (future prediction) faktor-faktor yang mendorong kesejahteraan, kebahagiaan, kegembiraan, dan kepuasan hati belia Malaysia.

Sebarang persoalan berkaitan boleh dimajukan kepada Ketua Penyelidik, Prof. Dr. Ismi Arif Ismail, di ismi@upm.edu.my atau di talian 03 9769 1852 atau di talian hotline 019 353 5524 (Whatsapp/call ) dan juga di emel: survei@aspirasibeliamalaysia.my atau admin@aspirasibeliamalaysia.my.